Isnin, 26 April 2021

PERLEMABAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN


PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN



DEFINISI PENGERTIAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara menjelaskan bentuk, struktur atau tata, kegiatan, sifat dan peraturannya yang utama. Ia digubal dalam bentuk undang-undang penting, yang biasanya dikeluarkan oleh seorang penguasa (baik seorang raja, maharaja atau sultan) lalu digunakan secara meluas dalam penggubalan undang-undang berkanun- undang-unadang jenis ini adakalanya digubah mengikut kerelevanan dengan ketua agama (misalnya seorang paus sepertimana yang lazim di kerajaan-kerajaan dunia kristian).

Malaysia, sebagai sebuah Negara yang berdaulat memiliki perlembagaannya yang unik, unggul dan tersendiri yang juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Malaysia merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berdasarkan kepada dua dokumen perlembagaan terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.


SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA


1.Pertubuhan

Menjelang abad ke 20, muncul pertubuhan-pertubuhan sepertiKesatuan Melayu Singapura, Kesatuan Melayu Perak, Kesatuan Melayu Muda dan lain-lain yang menjadi medium menentang penjajah.


2.Media Massa

Media massa seperti akbar dan majalah juga berperanan sebagai medium penyebaran semangat perjuangan seperti Utusan Malaysia, Majlis, Al-Imran, Saudara dan Warta Sarawak.


3.Tokoh

Muncul tokoh-tokoh intelektual Melayu seperti Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Pak Sako dan lain-lain menyedarkan orang Melayu supaya bangun menuntut kemerdekaan.


 Terdapat empat paksi utama atau ‘tiang seri’ yang membentuk Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam sebagai Agama Persekutuan, Hak dan kedudukan Istimewa Orang Melayu, Kedaulatan Raja-raja Melayu dan juga Bahasa Melayu sebagai rasmi.  Paksi-paksi ini tidak dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam perlembagaan melainkan adanya sejarah yang unik dan tersendiri yang membawa kepada perkara tersebut. Empat perkara tersebut telah dirangkumkan dalam sebuah perjanjian lisan yang dikenali sebagai kontrak sosial.

Kontrak Sosial merupakan satu permuafakatan antara kaum yang dicapai sebelum merdeka melalui satu persetujuan dalam kalangan rakyat dan pemimpin yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Istilah kontrak sosial sebenarnya tidak ditulis di dalam perlembagaan persekutuan 1957. Walaubagaimanapun, kita wajib memahami bahawa kontrak sosial ini telah menjadi asas utama dalam perlembagaan tersebut, yang merangkumi empat perkara iaitu kedudukan Islam, Raja-raja Melayu, Hak istimewa orang Melayu dan Bahasa Melayu. Secara mudahnya, kontrak sosial adalah satu istilah yang mewakili kesediaan orang Melayu untuk memberi kewarganegaraan kepada orang bukan Melayu dengan bayaran keempat-empat perkara yang telah dinyatakan tadi.

1.Institusi Raja

Pemerintahan beraja menjadi salah satu unsur tradisi yang sangat penting dalam Malaysia . Raja-raja memainkan peranan yang sangat penting dalam menjaga dan mengekalkan adat dan sistem pemerintahan tertua negara.


2.Agama Islam

Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama - agam lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan. Agama Islam merupakan agama rasmi di Malaysia. Islam telah lama bertapak di Malaysia dan mejoriti penduduk di Malaysia adalah Melayu memeluk agama islam.


3.Bahasa Melayu

Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parliamen Unsur-unsur tradisi termasuklah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Bahasa lain boleh digunakan sekiranya ia tidak bercanngh dengan perlembagaan.


4.Kedudukan istimewa orang melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.                             

 Menjadi tanggungjawab yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang melayu dan anak negeri mana mana antara Negeri Sabah dan Sarawak . "Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti agama Islam , lazim bercakap bahasa Melayu , menurut adat Melayu



PERPADUAN

Definisi perpaduan ialah satu bangsa , agama , bahasa dan negara yang menyatupadukan seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka.Perpaduan juga  ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.


USAHA YANG BOLEH DIJALANKAN DI PERINGKAT MASYARAKAT SETEMPAT


1.      Program Pemuafakatan Masyarakat

Program pemuwafakatan antara masyarakat setempat boleh diadakan melalui program-program ilmiah seperti ceramah motivasi, aktiviti keagamaan, Makan beradab, gotong royong, majlis perkahwinan dan sebagainya.


2.      Hari Keluarga dan Sukan Rakyat

Program yang melibatkan seluruh ahli masyarakat boleh diadakan. Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua peserta. Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga masyarakat.


3.      Acara kebudayaan dan kesenian

Pelbagai acara berbentuk kebudayaan dan kesenian rakyat boleh diadakan seperti permainan tradisi, boria, dikir barat, persembahan kebudayaan setiap kaum di Malaysia dan lain-lain lagi yang disertai oleh anggota masyarakat. Selain dapat berhibur, semua yang terlibat dapat memahami dan mematuhi peraturan yang digariskan.


4.      Majlis Sambutan Hari Raya, Ucapan Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali

 Setiap kali menjelang hari perayaan, masyarakat melalui pertubuhan atau organisasi seperti JKKK atau NGO mengatur program yang melibatkan seluruh warga masyarakat. Beraneka jenis makanan yang dihidang dinikmati bersama. Sumbangan yang diperolehi dari pelbagai pihak disampaikan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Ucapan selamat yang diberikan,disambut dengan penuh kemesraan dan dapat membentuk perasaan kasih sayang dan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam komuniti tempatan.


5.      Aktiviti Riadah

Seterusnya, kerajaan perlu menggalakkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam pelbagai program yang dianjur pelbagai pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Belia Malaysia, Jabatan Agama Islam, Rakan Muda, INMIND dan sebagainya. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah senamrobik, mencari harta karun, larian, Perarakan Sambutan Maulidur Rasul dan Ma’al Hijrah, Larian Merdeka dan sebagainya. Setiap ahli masyarakat dapat berinteraksi dengan peserta dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat. Mereka dapat memahami dengan lebih mendalam erti perpaduan dan perasaan hormat menghormati sesama masyarakat.




BUKU PERLEMBAGAAN


 




 KESIMPULAN

Perpaduan dan integrasi rakyat dalam sebuah negara berbilang kaum sukar dicapai tanpa pendedahan awal yang berstrategik, keintiman, persefahaman semua pihak, kepercayaan dan pegangan kukuh terhadap ajaran agama, di samping menghayati dengan penuh keinsafan intipati dan kandungan tersurat dan yang tersirat dalam kesemua prinsip rukun negara.Penghayatan Rukun Negara untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional yang padu lagi jitu dilaksanakan di negara ini melalui proses pendidikan dan pembelajaran berdasarkan kurikulum Kebangsaan, pembabitan dalam kokurikulum yang teratur dan terancang, penghayatan keagamaan dalam kehidupan seharian, penyertaan semua warga organisasi dalaman sekolah dan di luar sekolah mahupun seluruh anggota masyarakat yang juga warganegara Malaysia dalam pelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembentukan kehidupan rakyat yang bersatu padu secara kolektif serta jalinan perhubungan yang baik dan mesra yang diamalkan secara ikhlas dan penuh keinsafan oleh semua pihak berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara Malaysia. 



PERLEMABAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN

PERLEMBAGAAN SEBAGAI TIANG SERI PERPADUAN DEFINISI PENGERTIAN PERLEMBAGAAN Perlembagaan atau konstitusi sesebuah organisasi atau negara menj...